Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    KJ berjaya cuit hati pendengar radio

    Bekas Menteri Kesihatan iaitu Khairy Jamaluddin atau KJ mencuri perhatian ramai apabila menyanyikan lagu Malam Pagi nyanyian Saixse di corong radio.

    KJ, 47, menunaikan permintaan pendengar radio Hot FM yang memintanya untuk menyanyikan lagu tersebut dalam segmen Bekpes Hot kelmarin.

    Namun, apa yang menjadi perhatian apabila KJ mengubah lirik lagu tersebut mengaitkan tentang dirinya yang kalah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November lalu.

    “Malam masih muda, asal kau duduk macam tak buat apa. Bazir masa nak fikir tentang cinta.

    “Ya aku sakit… aku kalah sampai jadi DJ,” katanya.

    KJ berjaya mencuit hati pendengar radio. – mStar

    Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan jenaka yang dilakukan bekas ahli parlimen itu.

    “Saya sanggup tunggu dalam kereta dekat letak kereta demi nak dengar KJ menyanyi. Sekali padu teruk.

    “Boleh dapat anugerah DJ comel.

    “Bila DJ KJ nyanyi tak jadi healing,” tulis warganet.

    Pada 15 Februari lalu, KJ memulakan tugas sebagai penyampai radio di stesen Hot FM untuk segmen Bekpes Hot.

    Kata KJ, dia bersetuju menerima tawaran menyertai stesen berkenaan kerana baginya ia merupakan peluang untuknya berkomunikasi dan mendekati orang ramai dengan cara lebih santai.

    Segmen Bekpes Hot yang bersiaran dari pukul 6 hingga 10 pagi setiap Isnin hingga Jumaat turut dikendalikan oleh AG, Johan dan Fara Fauzana. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda