Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    KKBS adakan solat hajat, doa khas kesihatan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JUN – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) bersama jabatan-jabatan di bawahnya telah mengadakan Majlis Solat Sunat Hajat Berjemaah dan Doa Khas Kesihatan dan Kesejahteraan, diikuti dengan solat Fardu Asar berjemaah secara serentak di masjid-masjid utama seluruh negara, petang tadi.

    Di Daerah Brunei dan Muara, tumpuan utama adalah di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong, dan turut dihadiri oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Manakala di Daerah Tutong, majlis diadakan di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong dan
    dihadiri oleh Setiausaha Tetap (Kebeliaan), KKBS, Haji Zakaria bin Haji Serudin.

    Sementara itu di Daerah Belait, majlis berlangsung di Masjid RPN Kampung Pandan, Kuala Belait, dan dihadiri oleh Setiausaha Tetap (Kebudayaan), KKBS, Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan.

    Di Daerah Temburong pula, acara berlangsung di Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar, dan dihadiri oleh Pengetua Pusat Sejarah Brunei, Dr Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong.

    Inisiatif keagamaan ini mencerminkan iltizam KKBS dalam memperkukuh hubungan spiritual dalam kalangan warga kementerian dan masyarakat umum, di samping memohon perlindungan Allah SWT dalam menghadapi sebarang cabaran khususnya berkaitan kesihatan dan kesejahteraan.

    Majlis turut disertai oleh warga kerja KKBS, anggota pergerakan dan kelab belia, persatuan sukan dan beruniform, serta orang ramai, sebagai satu simbol perpaduan dalam memohon keberkatan dan perlindungan Ilahi demi kesejahteraan seluruh warganegara.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi semasa turut menyertai solat Sunat Hajat berjemaah dan Doa Khas Kesihatan dan Kesejahteraan di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Haji Zakaria semasa hadir ke Majlis Solat Sunat Hajat Berjemaah dan Doa Khas Kesihatan dan Kesejahteraan di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Majlis yang berlangsung di Masjid RPN Kampung Pandan, Kuala Belait dihadiri oleh Pengiran Haji Mohd Hasnan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Dr Haji Muhammad Hadi semasa hadir pada majlis yang berlangsung di Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda