Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    KKBS beri sokongan padu kepada FABD, terajui pembangunan bola sepak negara

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 FEB – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) akan memberikan sokongan penuh kepada Persatuan Bola Sepak Negara Brunei Darussalam (FABD) dalam semua aspek pembangunan bola sepak di negara ini.

    Perkara berkenaan ditekankan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad semasa menerima kunjungan hormat daripada Presiden FABD, Feisal Eusoff di kementerian berkenaan, kelmarin.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi turut melahirkan kepercayaan bahawa presiden dan timbalan presiden yang baru dilantik akan dapat menerajui FABD dengan penuh wibawa dan berjaya.

    Terdahulu itu, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi melahirkan ucapan tahniah atas lantikan dalam pemilihan presiden dan timbalan presiden bagi sesi 2024-2028.

    Sementara itu, Feisal pula memohon sokongan padu daripada pihak KKBS dalam sama-sama mengembang majukan sukan bola sepak di negara ini.

    Kunjungan berkenaan merupakan salah satu langkah FABD bagi mengukuhkan sokongan daripada KKBS di samping mencari peluang-peluang baharu dalam usaha merubah landskap bola sepak negara di peringkat domestik, serantau dan antarabangsa.

    Turut hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Tetap (Kesukanan) di KKBS, Pengiran Mohd Amirizal bin Pengiran Haji Mahmud; Pengarah Belia dan Sukan, Dayang Umi Kalthum bin Haji Abdul Karim; Timbalan Presiden FABD, Haji Mahrub bin Haji Murni dan Pemangku Setiausaha Agung FABD, Awang Ahmad Za’eem bin Omarali.

    Gambar ramai bersama Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi. – GAMBAR SERAHAN FABD
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi menerima kunjungan hormat daripada rombongan Presiden FABD. – GAMBAR SERAHAN FABD

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda