Monday, November 18, 2024
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    KKBS pandang serius video tular libat etika pemain bola sepak

    Oleh Sim Y. H. 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 NOV – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) memandang serius kepada video tular dalam media sosial mengenai insiden melibatkan beberapa orang ahli pasukan bola sepak kebangsaan semasa berada di Persekutuan Rusia untuk menyertai perlawanan persahabatan ‘FIFA Days’ dari 12 hingga 18 November.

              Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh KKBS, hari ini, menyatakan pihak kementerian memandang serius perkara itu kerana ia mencemarkan imej negara, reputasi dan integriti atlet kebangsaan yang mewakili Negara Brunei Darussalam di peringkat antarabangsa.

              KKBS menegaskan bahawa tanggungjawab mewakili negara bukan sahaja melibatkan prestasi di gelanggang permainan tetapi juga tingkah laku di luar gelanggang permainan, yang perlu menghormati dan mematuhi disiplin, etika dan nilai-nilai yang mencerminkan identiti Brunei sebagai sebuah negara Melayu Islam Beraja.

    Gambar hiasan Unsplash

    Ikuti berita lanjut esok dalam akhbar Media Permata.

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda