Oleh Yusrin Junaidi –
BANDAR SERI BEGAWAN, 19 MEI – Lapan orang bakal jemaah haji bagi Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan jabatan-jabatan di bawahnya untuk musim haji tahun 1445H/2024M telah diraikan pada Majlis Doa Selamat di Dewan Citra Budaya, KKBS, kelmarin.
Hadir pada majlis itu ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.
Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada bakal jemaah haji yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato.
Majlis juga mendengarkan ucapan ringkas daripada Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Awang Mohamad Iskandar bin Haji Idris selaku pengerusi majlis.
Turut hadir ialah setiausaha-setiausaha tetap dan timbalan setiausaha tetap, para pegawai kanan, pegawai dan kakitangan KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya serta bakal-bakal jemaah haji.


