Sunday, May 11, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    KKBS terima kunjungan peserta JENESYS

    Oleh Ak Zaki Kasharan

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Feb – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) hari ini, telah menerima kunjungan daripada rombongan peserta Program Rangkaian Pertukaran Pelajar dan Belia Jepun-Asia Timur (JENESYS) yang berlangsung di Bilik Mesyuarat At-Taufik, Tingkat 6, Bangunan KKBS.

    Hadir bagi mengalu-alukan kedatangan rombongan ialah Setiausaha Tetap di KKBS, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil dan Pemangku Pengarah Belia dan Sukan, Haji Zafri bin Haji Mohammed.

    Seramai 16 orang pelajar dari Nippon Sport Science University telah menyertai rombongan lawatan berkenaan sebagai sebahagian daripada program JENESYS 2017.

    Pertukaran Badminton ke Brunei merupakan sebahagian daripada program JENESYS 2017 yang dilancarkan oleh kerajaan Jepun dengan tujuan untuk mempromosikan dan memperkenalkan Jepun dalam kalangan belia luar negara, di bawah tema ‘Pertukaran Badminton’.

    Gambar ramai rombongan pelajar Nippon Sport Science University bersama Datin Paduka Dr. Hajah Norlila.

    Rombongan kali ini diwakili oleh para pelajar badminton kelas atas di Jepun termasuklah pemenang Inter-College Badminton Tournament 2016-2017 (Bergu) di Jepun.

    Pertukaran belia kali ini turut menggalakkan lagi pertukaran belia antara Jepun dan Brunei Darussalam di arena sukan.

    Rombongan lawatan berkenaan telah berada di negara ini sejak 23 Februari lalu dan dijangka berangkat pulang pada 3

    Mac 2018 depan bagi menghadiri beberapa siri lawatan ke tempat-tempat menarik di negara ini dan turut mengadakan perlawanan badminton persahabatan bersama Universiti Teknologi Brunei (UTB),  Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) dan ahli-ahli Persatuan Badminton Kebangsaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda