Sunday, January 19, 2025
30.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    KKBS terima sumbangan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MAC – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) telah menerima sumbangan bagi Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023 berjumlah $9,627 daripada dua buah agensi, hari ini.
     
    Majlis penyerahan derma yang diadakan di bangunan KKBS itu dihadiri oleh Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, Dayang Fauziah binti Haji Mohd Salleh. 
     
    Pada majlis tersebut, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) telah menyerahkan sumbangan berjumlah $8,027 yang disampaikan oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Tingkat Khas, Hospital RIPAS, Awang Abdol Hazis bin Haji Ahad. Sumbangan adalah hasil kutipan daripada pegawai dan kakitangan Hospital RIPAS. 
     
    Sementara itu, Dynamik Technologies turut menyerahkan derma sejumlah $1,600 yang disampaikan oleh Ketua Pemasaran dan Komunikasi Korporat, Dynamik Technologies, Awang Mohamad Faizul bin Haji Yahya. Sumbangan adalah hasil kutipan daripada ahli-ahli syarikat.
     
    Dayang Fauziah, Awang Abdol Hazis serta Awang Mohamad Faizul bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda