Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWA, 23 MAC – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) akan mula menutup semua perkhidmatan kaunter pada 24 Mac hingga satu tarikh yang akan diumumkan kemudian, berikutan dengan penularan jangkitan COVID-19 di negara ini.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh KKBS, kelmarin, dengan penutupan sementara itu, di Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), kaunter permohonan Bantuan Kebajikan Bulanan (BKB) boleh dihubungi melalui talian 2382911 sambungan 1249 dan kaunter permohonan pencen umur tua, pencen orang buta, pencen hilang upaya, elaun bercelaru mental, elaun kusta dan elaun kurang upaya pula menerusi Talian Kebajikan 141.
Manakala itu, kaunter pendaftaran anak yatim dan kaunter pendaftaran Pusat Penjagaan Kanak-kanak pula boleh dihubungi di talian 2382911 sambungan 1336 dan kaunter perkhidmatan pentadbiran dan kewangan di talian 2382911.
Kenyataan menyatakan, bagi kaunter di bawah JAPEM kecuali bagi kaunter pentadbiran dan kewangan, borang dan dokumen berkaitan hendaklah dihantar dan dimasukkan dalam peti khusus di Ruang Legar Tingkat 1 KKBS dan semua cawangan JAPEM di setiap daerah.
Kaunter Unit Hasil, Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Jabatan Belia dan Sukan (JBS) pula boleh dihubungi menerusi talian 2381903 sambungan 1435.
Kaunter-kaunter di bawah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi kaunter Unit Kewangan boleh dihubungi menerusi talian 2382511 sambungan 113, 115 dan 117, sambungan 116, 126 dan 127 bagi kaunter Unit Pelaksanaan Bahasa dan Jawi, sambungan 130, 131, 133 dan 134 bagi kaunter Terje-mahan dan sambungan 187 bagi kaunter Perancang Buku manakala itu, kaunter Perkhidmatan Peminjaman Buku di talian 2235501 sambungan 121.
Bagi kaunter di bawah Jabatan Muzium-muzium, talian 2381672 bagi kaunter Perkhidmatan Akses dan Rujukan Arkib Negara dan kaunter Penerimaan Fail Arkib Negara dan bagi kaunter Perkhidmatan dan Akses Perpustakaan Jabatan Muzium-muzium pula di talian 2381672 sambungan 100.
Kaunter di bawah Pusat Sejarah Brunei bagi kaunter Unit Kewangan di talian 2240166 sambungan 307 dan sambungan 240 bagi kaunter Rujukan Perpustakaan manakala itu, kaunter Rujukan Pusat Pengkajian Borneo di talian 2339303 atau 2339304.
Kaunter Perkhidmatan Program Khidmat Bakti Negara pula boleh dihubungi menerusi talian 2340042.
Sementara itu, kenyataan turut memaklumkan bahawa kaunter-kaunter perkhidmatan JAPEM untuk para penghulu dan ketua-ketua kampung mengambil wang-wang pencen, elaun dan BKB akan dibuka pada 28 Mac.
Kerjasama dan pertimbangan orang ramai adalah sangat diharapkan dan sebarang kesulitan yang dihadapi adalah amat dikesali dan KKBS memohon maaf atas perkara berkenaan.