Tuesday, November 28, 2023
25.3 C
Brunei

    -

    KKM bincang SOP baharu COVID-19 pertengahan Jun ini

    KUALA LUMPUR, 1 JUN – Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengadakan satu mesyuarat pada pertengahan Jun ini, bagi membincangkan garis panduan baharu prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 berikutan pengumuman penamatan status kecemasan kesihatan global Malaysia oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

    Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata pihaknya mengambil pendekatan berhati-hati sebelum membuat sebarang pengumuman mengambil kira Malaysia yang masih ditetapkan di bawah Kawasan Jangkitan Tempatan yang berakhir 30 Jun ini.

    “Jadi, pada pertengahan Jun nanti kita akan meneliti SOP dan lihat bagaimana kita boleh membuat kemas kini daripada situ,” katanya selepas pelancaran Kuala Lumpur Wellness City (KLWC) di Bukit Jalil, hari ini.

    Beliau berkata pindaan terhadap SOP berkenaan termasuk membabitkan pemakaian pelitup muka dalam pengangkutan awam. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih dari 2 minggu, 41 pekerja terowong masih terperangkap

    NEW DELHI, 28 NOV - Pasukan penyelamat di India mula menggali secara manual kelmarin dengan harapan dapat mencapai 41 pekerja binaan yang terperangkap dalam...