KOTA KINABALU, 2 NOV – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) sentiasa membuat pemantauan teliti untuk memastikan bekalan peralatan perlindungan peribadi (PPE) mencukupi untuk para petugas kesihatan, selain mengagihkannya mengikut keperluan semasa.
Pengarah JKNS Datuk Dr Christina Rundi dalam kenyataan hari ini berkata mobilisasi PPE daripada fasiliti yang mempunyai lebihan kuantiti juga dilakukan bagi menampung keperluan fasiliti yang lebih mendesak. – Bernama