Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    KKM kaji kawalan penggunaan rokok, vape dijalankan serentak

    KUALA LUMPUR, 21 JUN – Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengkaji cadangan supaya kawalan penggunaan rokok dan rokok elektronik dijalankan secara serentak melalui dasar Generasi Penamat (GEG).

    Timbalan Menteri berkenaan Lukanisman Awang Sauni berkata pihaknya mengambil maklum pandangan yang dikemukakan semua pihak sebelum Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dimulakan pada 2027.

    “Ada beberapa perkara lagi tentang (peruntukan dalam rang undang-undang melibatkan) khidmat masyarakat dan review berkenaan tentang GEG terhadap produk vape… ada pandangan rang undang-undang itu pada dasarnya akan mewujudkan generasi penamat rokok terlebih dahulu kemudian diteruskan kepada vape dan ada pandangan yang bercadang untuk GEG diadakan secara serentak.

    “KKM akan sedaya upaya untuk memastikan segala pandangan Ahli Parlimen diambil berat.

    Antara perkara yang ditekankan di Parlimen adalah kompaun yang terlalu rendah, hanya sekitar RM500 berbanding dengan cadangan asal RM5,000 dan kini kompaun sedia ada pada peringkat RM1,000,” katanya di Dewan Negara hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Lim Pay Hen mengenai kegusaran utama yang menyebabkan rang undang-undang itu tidak dapat diluluskan di Dewan Rakyat baru-baru ini dan dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan Parlimen. – Bernama

    Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) N.V Subbarow (tiga kiri) menerangkan kesan merokok sambil menunjukkan paru-paru rosak akibat tabiat merokok kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jelutong baru-baru ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda