Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    KKM sedia ketatkan SOP kesihatan

    KUALA LUMPUR, 2 JAN – Kementerian Kesihatan (KKM) sedia mengubah dasar penjagaan kesihatan pengurusan pandemik COVID di sempadan negara sedia ada, termasuk memperketat prosedur operasi standard (SOP) pemeriksaan kesihatan di pintu masuk negara.

    Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata ia akan dilaksanakan jika perlu, bukan sahaja kepada pengunjung atau pengembara (warganegara Malaysia dan bukan warganegara) yang tiba dari negara China, bahkan yang tiba dari semua negara di dunia.

    Beliau berkata dengan pelanjutan Malaysia sebagai ‘Kawasan Tempatan Jangkitan’ sehingga Jun depan, ia memberi ruang kepada KKM untuk mengambil sebarang tindakan segera bila diperlukan, susulan lonjakan semula kes wabak itu di China.

    Menurutnya, KKM memandang serius kebimbangan rakyat berhubung kena-ikan kes COVID di China serta sekatan yang dibuat beberapa negara lain ter-hadap pengembara dari negara republik berkenaan, dan perkara itu adalah keutamaan KKM ketika ini.

    “KKM akan meningkatkan kaedah pembendungan penularan jangkitan COVID dalam negara serta kesiapsiagaan bagi berdepan dengan sebarang kemungkinan peningkatan kes wabak tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

    Menurutnya, KKM sentiasa mengambil polisi berpandukan dan berasaskan sains serta data yang tepat selain berhubung rapat dan mengadakan perbincangan dari semasa ke semasa bersama Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), China serta rakan-rakan negara ASEAN.

    “WHO telah mengadakan mesyuarat dengan China bagi urusan perkongsian data terkini dan ia akan diteruskan bagi mengetahui secara terperinci maklumat, situasi dan pengurusan COVID di negara berkenaan.

    “Berdasarkan maklumat yang dilaporkan negara China kepada pihak WHO, varian dan subvarian yang ada di China, juga telah dikesan di Malaysia,” katanya. – Bernama

    Kementerian Kesihatan sedia memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) pemeriksaan kesihatan di pintu masuk negara. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda