Monday, May 12, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    KKMM komited pastikan setiap rakyat mempunyai akses Internet

    BAGAN SERAI, 2 April – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) komited dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk memastikan sekurang-kurangnya 95 peratus rakyat Malaysia mempunyai akses kepada Internet menjelang 2020 tercapai.

    Timbalan Ketua Setiausahanya Datuk Dr. Mohd Ali Mohammad Nor berkata setakat ini hampir 94 peratus penduduk di Semenanjung mempunyai akses kepada internet, namun di Sabah dan Sarawak ia masih pada tahap kritikal.

    Beliau berkata, sehubungan itu KKMM menganjurkan Program Menghubung Menyatu (CTU) di seluruh negara agar dapat terus berhubung dengan rakyat di semua peringkat dan kawasan.

    “Selain melakukan khidmat kemanusiaan seperti membantu rakyat yang kurang berkemampuan, program CTU juga membolehkan kami menambah baik dari segi komunikasi,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian CTU di Kampung Pondok Tanjung di sini, hari ini.

    Selain Kampung Pondok Tanjung, program sama turut diadakan di Pusat Transformasi Komuniti Bukit Merah.

    Mohd Ali berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan membuat pemerhatian berhubung kemudahan komunikasi di kawasan Bagan Serai termasuk membina menara telekomunikasi jika perlu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda