Thursday, July 4, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    KKR: Penambahan kapasiti hospital manfaatkan penduduk Miri

    KUCHING, 1 JULAI – Kementerian Kerja Raya (KKR) hari ini secara rasmi menyerahkan bangunan tambahan bernilai RM289.2 juta Hospital Miri kepada Kementerian Kesihatan (KKM).

    KKR dalam kenyataan berkata inisiatif meningkatkan kapasiti serta keupayaan Hospital Miri akan membantu kerajaan menampung keperluan perubatan yang semakin mendesak bagi penduduk di kawasan berkenaan dan utara Sarawak.

    Kementerian itu berkata Majlis penyerahan Projek Pembinaan Bangunan Tambahan Hospital Miri kepada KKM selaku pemilik projek hari ini disaksikan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni serta pengurusan tertinggi dari kedua-dua kementerian.

    Projek bangunan tambahan itu direka bentuk dengan kapasiti dan keupayaan, antaranya 328 katil melibatkan pelbagai wad, 900 tempat letak kenderaan, 300 tempat letak motosikal dan lain-lain kemudahan berkaitan.

    “Dengan penyerahan bangunan tambahan hari ini, ia akan membolehkan pihak KKM dan Hospital Miri menempatkan dan melakukan pengujian semua peralatan perubatan yang diperlukan sebelum memulakan operasi secara rasmi, yang akan dimaklumkan oleh pihak Hospital Miri kelak,” menurut KKR. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    NZ anjur pertandingan hapus kucing liar

    WELLINGTON, 3 JULAI – Pertandingan membunuh kucing liar yang diadakan secara tahunan di New Zealand dijangka diperluas tahun depan, kata penganjur acara hari ini,...