Friday, May 16, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    KL Mega Raya dilancar

    Oleh Imelda Groves HA

    Gambar oleh Bahiyah Bakir

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Mei – Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, hari ini, telah berkenan melancarkan KL Mega Raya 2017 yang berlangsung di Centrepoint, Gadong, di mana ia akan berlangsung selama lima hari.

    KL Mega Raya yang dianjurkan oleh Qaisara Dreams itu merupakan inisiatif dan usaha untuk memberi peluang kepada rakyat Brunei Darussalam membeli-belah bagi persiapan Hari Raya di negara sendiri dengan membawakan lebih daripada 30 jenama terkemuka di bawah Haqqi.com.my.

    Pengurus Qaisara Dreams, Dayangku Siti Nurazirah binti Pengiran Haji Besar dalam sembah alu-aluannya menjelaskan, matlamat KL Mega Raya adalah untuk mewujudkan satu platform kerjasama di antara usahawan Brunei Darussalam dan peniaga-peniaga dari Kuala Lumpur, Malaysia.

    “Dalam masa yang sama, ia juga adalah peluang kepada peniaga-peniaga Brunei yang ingin menjalankan usaha sama bersama jenama-jenama yang turut serta dalam acara ini,” jelasnya.

    Daripada KL Mega Raya ini, Qaisara Dreams berharap ia menjadi satu wadah untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara usahawan Brunei dan Malaysia.

    Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah berkenan dijunjung bergambar ramai.
    Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah berkenan dijunjung bergambar ramai.
    Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah berkenan menerima pesambah daripada Pengurus Qaisara Dreams.
    Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah berkenan menerima pesambah daripada Pengurus Qaisara Dreams.
    Antara orang awam yang datang berkunjung ke Karnival KL Mega Raya 2017 yang berlangsung di Centrepoint, Gadong.
    Antara orang awam yang datang berkunjung ke Karnival KL Mega Raya 2017 yang berlangsung di Centrepoint, Gadong.
    Pakaian siap sedia dijual untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
    Pakaian siap sedia dijual untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

    Dalam masa yang sama, ia juga merupakan peluang kepada peniaga-peniaga Brunei yang ingin menjadi stokis atau ejen kepada peniaga-peniaga yang turut serta dalam ekspo berkenaan.

    Antara lain tujuan KL Mega Raya ini juga adalah bagi memudahkan dan membiasakan rakyat Brunei Darussalam untuk membeli-belah di negara sendiri dengan membawakan jenama-jenama terkenal yang menjadi permintaan rakyat Brunei bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

    Jenama-jenama yang mengikuti KL Mega Raya ini terdiri daripada Jakel, OWL by Nora Danish, Ameera Zaini, Ariani Collections, Creation by Siti Nurhaliza, Adelle x Janna Nick, Rijal n Co x Wak Doyok, Rijal n Co x Harris Baba, Rijal n Co x Kamal Adli, Lisa Adam x Emma Maembong, Lisa Adam x Fathia Latiff, Shawl Publika, Lily Petuna, Izzue Exclusive, Nelydia Senrose, Elfira Loy dan Zareth Zehra x Elfira Loy.

    Acara lima hari berkenaan mengetengahkan koleksi barangan Ramadan dan Hari Raya untuk lelaki dan perempuan malah barangan haji dan umrah juga boleh didapati.

    Selain itu, KL Mega Raya juga mengadakan tawaran hebat setiap hari iaitu 500 hadiah percuma akan diberikan kepada pengunjung sepanjang acara itu diadakan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/