GLASGOW, 31 Mac – Kebangkitan semula kerjaya Brendan Rodgers dijangka mencapai klimaksnya minggu ini ketika pengurus Celtic itu bersedia untuk meraikan gelaran Scottish Premiership. Rodgers sedang membina semula reputasinya di gergasi Glasgow selepas dipecat oleh Liverpool pada bulan Oktober 2015.
The Hoops tanpa kalah dalam kempen domestik musim ini dan Rodgers merangkul trofi pertama dalam kerjayanya apabila membawa kelab Parkhead itu memenangi Piala Liga Scottish November lepas.
Celtic kini mempunyai kelebihan 25 mata di depan Aberdeen dengan berbaki sembilan perlawanan dan akan menjulang kejuaraan dengan kemenangan di Hearts Ahad ini.
Rodgers telah menerajui Hoops ke dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara dalam percubaan pertama dan, dengan perlawanan separuh akhir Piala Scottish menentang Old Firm Rangers bulan depan, dia kini semakin menghampiri trebel pertama Celtic sejak 2001. – AFP