Monday, November 11, 2024
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Klinik bergerak KPJ Healthcare dilancar di Kota Kinabalu

    KOTA KINABALU, 27 SEPT – Klinik bergerak pertama KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare) telah dilancarkan di sini Isnin lepas, bertujuan menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti kepada semua rakyat di negeri ini termasuk golongan kurang berkemampuan.

    KPJ Healthcare dalam kenyataan memaklumkan inisiatif klinik bergerak itu dilaksanakan menerusi Klinik Waqaf An-Nur (KWAN) hasil kerjasama dengan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

    Pengerusi KWAN, Norhaizam Mohammad dalam kenyataan sama berkata perkhidmatan klinik bergerak itu meliputi penjagaan kesihatan pencegahan, rawatan untuk pesakit asas dan rujukan kepada pakar apabila perlu, selain mampu memberi manfaat kepada ribuan pesakit.

    “Klinik bergerak itu dikendalikan oleh seorang pegawai kesihatan, dua jururawat, seorang pembantu klinik dan seorang pemandu. Pesakit boleh menerima rawatan di klinik bergerak ini dengan bayaran serendah RM10 bagi setiap lawatan.

    “Klinik ini juga menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada komuniti kurang berkemampuan yang tinggal di kawasan terpencil dan luar bandar di Sabah, dengan perkhidmatan termasuk penjagaan kesihatan pencegahan, rawatan untuk penyakit asas dan rujukan kepada pakar apabila perlu,” katanya. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda