Jumaat lalu, saya menemani ibu saya ke sebuah klinik.
Kami tiba mengikut jadual waktu operasi yang tertera pada pintu masuk klinik berkenaan namun yang amat mendukacitakan ialah klinik yang kami kunjungi ditutup lebih awal daripada waktu perkhidmatan.
Saya turut perhatikan bahawa perkara ini bukan sahaja berlaku pada hari Jumaat malahan pada hari-hari bekerja biasa terutama ketika tidak ramai pesakit yang berkunjung ke klinik tersebut untuk menerima rawatan atau mengambil ubat.
Saya berharap pihak klinik khasnya dan pejabat-pejabat lain amnya untuk sentiasa mematuhi waktu bekerja.
Melihat kepada situasi ini, disiplin kerja perlu diutamakan lebih-lebih lagi berkaitan jam masa bekerja kerana klinik merupakan antara pusat kesihatan yang penting untuk mendapatkan sumber ubat-ubatan tertentu pada masa kecemasan.
Setentunya diakui tidak semua klinik berbuat sedemikian malah ada yang patuh dengan disiplin waktu bekerja di mana bagi saya ia layak diberikan pujian dan penghargaan.
Cuma pada ruangan ini lebih menyasarkan kepada klinik tertentu sahaja supaya tidak sewenang-wenangnya menutup perkhidmatan klinik lebih awal yang bertentangan dengan notis makluman waktu bekerja yang dipaparkan, tanpa memikirkan kepentingan orang awam yang ingin benar-benar mendapatkan ubat-ubatan yang diperlukan.
Jadi sedikit cadangan, saya menyeru terutama sekali kepada pusat kesihatan terdiri daripada klinik sama ada di sektor kerajaan mahupun swasta agar lebih berdisiplin dalam waktu bekerja bagi menjaga kesejahteraan dan kemaslahatan bersama.
Angkal Medik