
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mac – Seramai 20 orang kanak-kanak berusia dari empat tahun hingga 14 tahun telah menyertai Klinik Futsal Kanak-Kanak 2018 anjuran Puspa United Academy dan disokong oleh Gol Brasil dan Vikings Futsal.
Mengendalikan klinik futsal yang memperkenalkan futsal moden menerusi metodologi profesional dan tersusun daripada FIFA, AFC dan Gol Brasil itu ialah Instruktor Bolasepak Akar Umbi FIFA merangkap Jurulatih Futsal AFC & Gol Brasil, Haji Puspa bin Haji Mohammad. (Klik di sini untuk cerita lanjut)