Saturday, March 15, 2025
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Klinik Nasihat Undang-undang hari ini

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OGOS – Persatuan Undang-undang Negara Brunei Darussalam mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan Klinik Nasihat Undang-undang bagi hal ehwal sivil dan jenayah buat kali ke-20 esok (31 Ogos) di Bandar Seri Begawan dan Daerah Belait.

    Di Bandar Seri Begawan, klinik yang akan dikendalikan oleh ahli-ahli persatuan diadakan di Bangunan Undang-undang dan Mahkamah-mahkamah, manakala itu, bagi Daerah Belait, di Bangunan Mahkamah-mahkamah Majistret, Kuala Belait. Menurut kenyataan yang dikeluarkan persatuan berkenaan, klinik tersebut merupakan salah satu inisiatif mereka dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang awam mengenai hal ehwal undang-undang dengan memberikan nasihat dan pertolongan kepada orang yang mempunyai sumber pendapatan terhad dan tidak mempunyai keupayaan untuk mendapatkan nasihat dan pertolongan tersebut.

    Kenyataan menekankan, nasihat undang-undang akan diberikan berdasarkan yang dahulu didahulukan kepada orang-orang awam.

    Antara syarat kelayakan yang memberi hak kepada orang awam yang ingin meminta nasihat termasuk belum melantik mana-mana peguam bagi pihak mereka, menghadapkan kad pengenalan dan bukti alamat tempat tinggal terkini serta menghadapkan bukti pendapatan atau elaun kurang daripada $1,500 sebulan.

    Dalam usaha persatuan untuk memudahkan akses orang awam untuk mendapatkan nasihat undang-undang, orang awam yang memenuhi syarat-syarat kelayakan berkenaan juga boleh menghadapkan permohonan untuk mendapatkan nasihat undang-undang daripada pihak persatuan di bawah naungan Klinik Nasihat Undang-undang dengan mengisi borang yang boleh didapati di laman sesawang.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda