Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Klinik Nasihat Undang-undang percuma pada 17 Feb

    Oleh Nour Maghfirah –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 FEB – Persatuan Undang-undang Negara Brunei Darussalam akan mengadakan Klinik Nasihat Undang-undang percuma berkaitan hal-hal sivil dan jenayah di Bangunan Undang-undang dan Mahkamah Rendah di Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Batu Satu pada 17 Februari ini.

    Klinik yang bermula 10 pagi hingga tengah hari berkenaan bertujuan untuk memberi khidmat nasihat undang-undang percuma kepada orang awam yang mempunyai kapasiti pendapatan terhad, tidak dapat atau terkekang untuk mendapatkan bantuan tersebut.

    Ia akan diberikan atas dasar yang dahulu didahulukan di mana orang awam yang berhak tidak boleh diwakili oleh mana-mana firma guaman, menyediakan salinan kad pengenalan Brunei terkini dan bukti alamat kediaman semasa serta mempunyai pendapatan atau elaun kurang daripada $1,500 sebulan.

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda