Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JULAI – Persatuan Undang-undang Negara Brunei Darussalam akan mengadakan Klinik Nasihat Undang-undang percuma berkaitan hal-hal sivil dan jenayah secara fizikal di Bangunan Undang-undang dan Mahkamah Rendah, Batu Satu, pada hujung minggu ini.
Klinik berkenaan bertujuan untuk memberikan nasihat undang-undang percuma kepada orang ramai yang mempunyai kapasiti pendapatan terhad, tidak dapat atau terkekang untuk mendapatkan bantuan tersebut.
Ia akan diberikan atas dasar yang dahulu didahulukan di mana orang awam yang berhak tidak boleh diwakili oleh mana-mana firma guaman, menyediakan salinan kad pengenalan Brunei terkini dan bukti alamat kediaman semasa serta mempunyai pendapatan atau elaun kurang daripada $1,500 sebulan.


