Monday, March 17, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Klinik pergigian Sungai Liang ditutup sementara

    Oleh Nurdiyanah R.

    BELAIT, 28 JUN – Jabatan Perkhidmatan Pergigian, Kementerian Kesihatan memaklumkan kepada orang ramai bahawa klinik pergigian di Klinik Kesihatan Sungai Liang akan ditutup buat sementara waktu bermula dari 2 hingga 14 Julai ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, hari ini, penutupan sementara berkenaan adalah bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dilaksanakan di klinik pergigian tersebut.

    Sehubungan itu, pesakit-pesakit pergigian dari kawasan tadahan Klinik Kesihatan Sungai Liang bolehlah mendapatkan rawatan pergigian di Klinik Pergigian, Pusat Kesihatan Seria sementara menunggu pembukaan semula klinik berkenaan pada 18 Julai nanti.

    Pihak jabatan ingin memohon maaf kepada orang ramai di atas segala kesulitan yang dihadapi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda