Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Klinik tawar nasihat undang undang percuma 25 Jun ini

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JUN – Persatuan Undang-undang Negara Brunei Darussalam akan mengadakan klinik nasihat undang-undang percuma berkaitan hal-hal sivil dan jenayah pada 25 Jun ini secara fizikal di Bangunan Undang-undang dan Mahkamah Rendah, Batu Satu.

    Klinik yang akan berlangsung dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari itu bertujuan untuk memberikan nasihat undang-undang percuma kepada orang ramai yang mempunyai kapasiti pendapatan terhad, tidak dapat atau terkekang untuk mendapatkan bantuan tersebut.

    Ia akan diberikan atas dasar yang dahulu didahulukan di mana orang awam yang berhak tidak boleh diwakili oleh mana-mana firma guaman, menyediakan salinan kad pengenalan Brunei terkini dan bukti alamat kediaman semasa serta mempunyai pendapatan atau elaun kurang daripada $1,500 sebulan.

    Orang ramai yang bercadang untuk menghadiri klinik tersebut juga dinasihatkan untuk melakukan ujian pantas antigen (ART) terlebih dahulu, sebagai sebahagian daripada protokol kesihatan semasa berada di kawasan mahkamah.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...