Oleh Nour Maghfirah –
BANDAR SERI BEGAWAN, 11 DIS – Persatuan Undang-undang Negara Brunei Darussalam akan menganjurkan klinik nasihat undang-undang secara percuma mengenai perkara sivil dan jenayah di Bangunan Undang-undang dan Mahkamah Rendah di Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Batu Satu pada 14 Disember ini dari 10 pagi hingga tengah hari.
Klinik itu bertujuan memberi khidmat nasihat guaman percuma kepada orang awam yang tidak dapat mendapatkan perkhidmatan tersebut kerana pendapatan yang terhad.
Konsultasi akan diberikan atas dasar siapa cepat dia dapat.
Untuk mendapatkan perkhidmatan percuma, orang awam tidak boleh diwakili oleh mana-mana firma guaman, mesti menyediakan salinan kad pengenalan keluaran Brunei dan bukti alamat kediaman semasa, serta mempunyai pendapatan atau elaun kurang daripada $1,500 sebulan.