Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Klinik Vaksinasi COVID-19 Bergerak terus dilaksanakan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 NOV – Kementerian Kesihatan telah memaklumkan bahawa perkhidmatan Klinik Vaksinasi COVID-19 Bergerak akan diadakan lagi bermula esok di Pusat Kesihatan Muara.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar menjelaskan, Klinik Vaksinasi COVID-19 Bergerak tersebut akan diadakan selama dua hari, iaitu 26 dan 28 November, dari pukul 9 pagi hingga 2:30 petang, khusus bagi penduduk Mukim Serasa dan Mukim Mentiri dan kawasan persekitaran yang telah dijadualkan untuk menerima suntikan vaksin dos kedua.

    “Klinik vaksinasi juga dibukakan untuk penduduk kampung yang berumur 18 tahun ke atas dan belum lagi menerima suntikan vaksin COVID-19,” jelas Yang Berhormat Dato lagi semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Menurut Yang Berhormat Menteri Kesihatan, penduduk setempat yang ingin mendapatkan suntikan COVID-19 bolehlah datang terus secara walk-in dengan membawa kad pengenalan atau pasport; kad (atau nombor) BruHIMS, jika ada dan Kad Vaksinasi COVID-19 bagi mereka yang menerima suntikan dos kedua.

    “Bagi mereka yang memerlukan bantuan kenderaan untuk dibawa ke klinik, mereka bolehlah memaklumkan kepada ketua kampung,” tambah Yang Berhormat Dato.

    Manakala, bagi mereka yang tidak mampu untuk hadir sendiri ke pusat kesihatan berkenaan disebabkan masalah kesihatan atau kesukaran bergerak, mereka boleh mendaftar atau didaftarkan melalui ketua kampung bagi urusan vaksinasi di rumah masing-masing.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda