Friday, March 14, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Klon pisang FGV tampung permintaan negara M’sia

    KUALA LUMPUR, 31 JULAI – Usaha penyelidikan klon pisang FGV Holdings Bhd (FGV) nampaknya bakal membuahkan hasil apabila ia dijangka menampung kira-kira 30 peratus daripada permintaan negara terhadap buah tersebut menjelang 2021.

    Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Haris Fadzilah Hassan berkata Pusat Inovasi FGV di Bandar Enstek, Negeri Sembilan telah menghasilkan pelbagai klon pisang sejak 2004, dengan pengeluaran bermula pada tahun 2007 bagi memenuhi permintaan terhadap tanaman selingan semasa penanaman semula kelapa sawit dan pengusaha tanaman pisang di negara ini.

    Ia kini menyasar satu juta klon pisang pada 2021, peningkatan 100 peratus daripada pengeluaran sekarang bagi menampung permintaan pasaran khusus terhadap pisang segar dan industri makanan berasaskan pisang.

    Anak benih klon pisang FGV terbukti berkualiti tinggi dengan lebih enam juga ramet (klon individu) pisang berangan telah terjual antara 2007 hingga Julai 2020, menjadikan FGV salah satu daripada pengeluar anak benih klon pisang terbesar di Malaysia, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Jenis pisang yang paling mendapat permintaan daripada pengusaha tempatan adalah berangan dan ketika ini FGV menghasilkan 850,000 ramet setiap tahun. Tanaman induk klon pisang berangan FGV diperakui oleh Jabatan Pertanian di bawah Skim Pengesahan Bahan Penanaman.

    Anak benih klon pisang yang dihasilkan oleh FGV bebas penyakit, mempunyai pertumbuhan seragam dan boleh mengeluarkan hasil lebih awal, katanya. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda