KUALA LUMPUR, 31 JULAI – Usaha penyelidikan klon pisang FGV Holdings Bhd (FGV) nampaknya bakal membuahkan hasil apabila ia dijangka menampung kira-kira 30 peratus daripada permintaan negara terhadap buah tersebut menjelang 2021. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Haris Fadzilah Hassan berkata Pusat Inovasi FGV di Bandar Enstek, Negeri Sembilan telah menghasilkan pelbagai klon pisang sejak 2004, dengan pengeluaran bermula pada tahun 2007 bagi