Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Klopp fokus perlawanan Shrewsbury

    LONDON, 26 JAN – Pengurus Liverpool Jurgen Klopp mahu mengelakkan dari dipanggil pasukan yang ditakuti dan berehat seketika daripada mengejar gelaran Liga Perdana kerana untuk memberi tumpuan kepada kejohanan Piala FA.

    Liverpool terus mengungguli di persada liga dengan jurang 16 mata setelah menang menentang Wolves 2-1 Khamis lalu serta mempunyai kelebihan satu perlawanan dari pesaing mereka berada di tangga kedua Manchester City.

    Tetapi The Reds sekali lagi mengelak daripada dipanggil pasukan yang mungkin akan menang Liga Perdana buat pertama kalinya setelah 30 tahun.

    “Kami tidak boleh melakukan kecuaian dengan kelebihan ini,” Klopp berkata yang akan bertemu menentang Shrewsbury di pusingan ke-4 Piala FA esok.

    “Apa yang saya risau dan utamakan, saya rasa kami belum lagi pasti dapat melayakkan diri ke Liga Juara-Juara musim depan, jadi itu perkara yang kami mahu tumpukan pada perlawanan seterusnya.

    “Sekarang kami akan menentang Shrewsbury, lepas tu West Ham, seterusnya Southampton. Akhirnya kami berehat seminggu dan kembali beraksi. Itu adalah perancangannya.

    “Saya tidak tahu rancangan lain jadi tidak kira apa yang kamu katakan tentang kami kalau ia positif, terima kasih banyak-banyak. Kalau ia negatif, saya tidak pedulikannya.”

    Klopp memberitahu kepada wartawan semasa sesi sidang media pada Jumaat lepas apabila menang dengan jaringan lewat menerusi Roberto Firmino. Klopp juga menjelaskan kecederaan pemainnya Sadio Mane belum mendapat kepastian lagi, namun beliau akan membuat perubahan ketika menentang pasukan divisyen tiga Shrewsbury esok. – AFP

    Reaksi pengurus Liverpool Jurgen Klopp melambai kepada peminatnya semasa kemenangan menentang Wolves baru-baru ini di Stadium Molineux, England. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda