Tuesday, March 18, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Klopp: Jangan pandang rendah Hull

    KINGSTON UPON HULL, 3 Feb – Jurgen Klopp telah memberi amaran kepada Liverpool untuk tidak memandang rendah Hull apabila mereka cuba menghidupkan semula pemburuan kejuaraan Liga Perdana Sabtu ini.

    Pasukan Klopp perlu melakukan lebih baik berbanding Manchester United dan menewaskan Hull dalam liga selepas pasukan Tigers itu meraih keputusan seri 0-0 di Old Trafford baru-baru ini.

    Di tengah-tengah tempoh sukar, Liverpool kelihatan kembali ke tahap terbaik mereka ketika perlawanan menentang pendahulu liga, Chelsea yang berakhir dengan seri 1-1.

    Tetapi Liverpool, ketinggalan 10 mata di belakang Chelsea, hanya memenangi satu daripada sembilan perlawanan 2017 dan Klopp percaya pasukan kedua tercorot, Hull akan memberikan tentangan hebat meskipun kedudukan mereka di bawah.

    “Saya sangat teruja dengan cara mereka bermain menentang Man Uited,” kata Klopp.

    Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp (kiri) berteriak di depan pengadil keempat dalam aksi Liga Perdana antara Liverpool dan Chelsea di Anfield. – AP
    Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp (kiri) berteriak di depan pengadil keempat dalam aksi Liga Perdana antara Liverpool dan Chelsea di Anfield. – AP

    “Mereka kelihatan bukan seperti pasukan kedua tercorot.

    “Mereka telah menentang United tiga kali dalam liga dan piala, itu bukan sesuatu yang mudah, dan mereka telah melakukan tugas dengan baik menentang United.”

    Klopp mengakui bahawa dia bernasib baik untuk terlepas mengenai pertelagahannya dengan pengadil keempat, Neil Swarbrick minggu ini, sesuatu yang mencetuskan kemarahan pengurus United, Jose Mourinho.

    Klopp bertindak agresif di depan Swarbrick ketika pasukannya seri dengan Chelsea, dengan berteriak “Tidak ada sesiapa yang boleh mengalahkan kami”.

    Menurut Klopp, pengadil itu menjawab: “Tidak ada masalah, saya suka semangat anda.”

    Hanya selepas 24 jam, Mourinho menjadi rujukan insiden itu sementara mendakwa dia telah diugut dengan arahan diarah keluar padang atas tingkah laku yang sama ketika United seri dengan Hull.

    “Saya rasa ia bergantung pada pengadil keempat. Kami semua yahu apa yang kami boleh lakukan,” kata Klopp.

    “Ketika saya melihat semula gambar saya selepas itu, ia tidak begitu bagus tetapi ia tidak begitu teruk jadi sebab itu saya memberitahu apa yang terjadi.

    “Mungkin saya bernasib baik dengan pengadil keempat tersebut. Terdapat banyak cara untuk menangani situasi itu. Ia satu perlawanan yang emosi dan untuk tidak mengekspresikan emosi adalah sesuatu yang bukan mudah.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda