Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Klopp pening fikirkan Lallana

    LIVERPOOL, 31 Mac – Kecedera-an paha Adam Lallana adalah kekecewaan jelas bagi Jurgen Klopp ketika dia berusaha mengukuhkan peluang kelayakan Liga Juara-Juara Liverpool dengan kemenangan ke atas Everton di Merseyside esok.

    Lallana dijangka tidak akan beraksi selama sebulan setelah mengalami kecederaan ketika peringkat penutup kemenangan 2-0 England ke atas Lithuania di Wembley Ahad lalu.

    Bekas midfield Southampton itu adalah salah seorang pemain cemerlang musim ini bersama Liverpool yang kurang konsisten dan ketiadaannya dirasakan ketika Klopp berusaha untuk selesai di empat tangga teratas Liga Perdana.

    Mereka berada di tangga keempat dalam perlawanan hujung minggu ini dengan kelebihan empat mata ke atas Manchester United di tangga kelima.

    United memiliki dua perlawanan di tangan tetapi tidak menjamin mereka melebarkan jurang ketika masih mempunyai perlawanan di Manchester City, Arsenal dan Tottenham sebelum akhir musim.

    Lallana (kanan) ketika menentang Lithuania pada perlawanan kelayakan Piala Dunia Kumpulan F di Stadium Wembley pada 26 Mac lalu. – AP
    Lallana (kanan) ketika menentang Lithuania pada perlawanan kelayakan Piala Dunia Kumpulan F di Stadium Wembley pada 26 Mac lalu. – AP

    Rentak Liverpool semasa rehat antarabangsa adalah menggalakkan; kemenangan di gelanggang sendiri semasa menentang Arsenal dan Burnley disusuli keputusan seri di Manchester City dan mereka akan menentang Everton yang belum melakar sebarang kemenangan di Anfield sejak September 1999.

    Jaringan Sadio Mane pada minit ketujuh masa penamat memberikan pasukan Klopp kemenangan 1-0 di Goodison Park Disember lalu dan kemenangan esok akan menyelamatkan dua kejayaan pertama liga ke atas pesaing setempat mereka sejak 2011-12.

    Liverpool akan dibantu kepulangan Jordan Henderson selepas lebih sebulan tidak beraksi kerana kecederaan kaki dengan midfield dari England itu meneruskan latihan penuh ketika rehat antarabangsa.

    Klopp tidak meragui bahawa kelayakan Liga Juara-Juara berada dalam tangan Liverpool.

    “Pada ketika ini, kami seharusnya memikirkan bagaimana kami melakukannya,” katanya. “Adakah ia satu kekecewaan jika kami tidak berjaya mara? Ya, kerana kami merasakan kami seharusnya layak.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda