LIVERPOOL, 31 OKT – Jurgen Klopp mengkritik cara Liverpool bertindak balas selepas mensia-siakan kelebihan dua gol ketika Brighton meraih keputusan seri 2-2 di Anfield kelmarin. Jordan Henderson dan Sadio Mane meletakkan Liverpool 2-0 di hadapan selepas 24 minit bermain tetapi pasukan Graham Potter bangkit melalui jaringan Enock Mwepu dan Leandro Trossard pada separuh masa pertama