Klopp: Wang tidak dapat jamin kejayaan

LONDON, 15 OKT – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp memberi amaran kepada Newcastle bahawa wang tidak menjanjikan kejayaan ketika The Magpies mengimpikan untuk menyertai pasukan elit Eropah selepas pengambilalihan konsortium milik Arab Saudi.

Newcastle yang bergelut ketika ini menjadi perbualan di Liga Perdana Inggeris selepas pengambilalihan bernilai 305 juta pound dengan pemilik baharu bersedia untuk memulakan pengambilalihan mereka menentang Tottenham pada hujung minggu.

Newcastle berharap untuk mengulangi kejayaan yang dinikmati oleh pasukan juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City selepas dibiayai oleh pemilik dari Abu Dhabi.

Klopp menjangkakan Newcastle akan memenuhi cita-cita mereka pada akhirnya, namun dia berpandangan ia akan menjadi laluan berliku untuk berada di kedudukan teratas kerana wang semata-mata tidak dapat menjanjikan kejayaan.

“Apa ertinya kepada bola sepak? Beberapa bulan kami mengalami isu dengan kelab membangunkan Liga Super. Tetapi ini adalah membangunkan pasukan super, menjamin tempat di Liga Juara-Juara dalam tempoh beberapa tahun,” kata Klopp kepada wartawan hari ini. – AFP

Jurgen Klopp memberi amaran kepada Newcastle bahawa wang tidak semestinya menjamin kejayaan selepas kelab tersebut dibeli oleh konsortium milik Arab Saudi.– AP