Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Klopp yakin tonggak utama cergas menjelang final

    LONDON, 17 MEI – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp yakin Mohamed Salah dan Virgil van Dijk akan kembali cergas untuk bermain menentang Real Madrid dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara meskipun mengalami kecederaan pada perlawanan akhir Piala FA menentang Chelsea, Sabtu lalu.

    Kedua-duanya akan diketepikan daripada skuad Klopp untuk berdepan Southampton sebagai langkah berjaga-jaga walaupun The Reds masih dalam saingan untuk merebut gelaran Liga Perdana.

    Anak buah Klopp diberikan harapan baru untuk menjulang kejuaraan menyaingi Manchester City setelah pasukan Pep Guardiola tercicir dua mata ketika seri 2-2 di West Ham Ahad lalu.

    Juara bertahan City, berbaki satu perlawanan, mendahului empat mata di puncak carta dengan perbezaan gol yang jauh lebih baik daripada pesaing mereka, yang berbaki dua perlawanan.

    Pemain tengah, Fabinho, yang terlepas perlawanan akhir piala kerana kecederaan otot, belum bersedia untuk kembali, tetapi Andy Robertson sepatutnya dapat bermain selepas mengalami kekejangan pada Sabtu lalu. – AFP

    Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp positif Salah dan Van Dijk akan kembali beraksi untuk perlawanan akhir Liga-Liga Juara. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...