Monday, May 5, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    KLUFC sedia penuhi keperluan pengendali baharu

    KUALA LUMPUR, 28 DIS – Pasukan Kuala Lumpur United FC (KLUFC) sedia memenuhi segala keperluan Simon Elissetche jika beliau dilantik sebagai ketua jurulatih baharu skuad ‘The City Boys’ bagi menghadapi saingan Liga Super musim hadapan.

    Ketua Pegawai Eksekutif KLUFC Stanley Bernard memberi jaminan barisan pengurusan serta ahli lembaga pengarah pasukan itu akan berusaha memberi segala yang diperlukan pengendali dari Chile itu bagi memastikan misi serta sasaran musim depan pasukan tercapai.

    Menurut beliau meskipun Elissetche sedang menjalani proses kuarantin dan pelantikannya belum diumumkan secara rasmi, namun pengendali berusia 43 tahun itu telah diberi kepercayaan terlibat secara langsung dalam pasukan petugas pemilihan pemain KLUFC.

    “Beliau (Elissetche) sedang bersedia dan ketika dalam proses kuarantin ini beliau juga sedang meneliti segala yang perlu dilakukan dalam persediaan pramusim pasukan. Sebelum ini beliau juga terlibat dalam pemilihan pemain. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda