Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Kluster baharu kurung semula jutaan penduduk China

    SHANGHAI, 6 JULAI – Puluhan juta penduduk di China dikenakan perintah berkurung hari ini, dengan perniagaan di bandar tarikan pelancong utama terpaksa berhenti beroperasi ketika kluster baharu COVID mencetuskan kebimbangan mengenai sekatan besar-besaran.

    Pihak berkuasa kesihatan China melaporkan lebih 300 jangkitan hari ini, dengan kluster dikesan di bandar bersejarah Xi’an yang menempatkan Tentera Terracotta, serta Shanghai, Beijing dan tempat lain.

    Kes baharu dan tindak balas pihak berkuasa mencetus kebimbangan China mungkin kembali melaksanakan sekatan ketat seperti awal tahun ini, di mana dasar tegas sifar COVID menyaksikan puluhan juta penduduk dikenakan perintah berkurung selama berminggu-minggu.

    Di Shanghai, beberapa penduduk melaporkan di media sosial bahawa mereka sudah mula menerima bantuan catuan makanan kerajaan, sama seperti ketika perintah berkurung yang panjang dilaksanakan awal tahun ini.

    “Saya sangat gementar, epidemik ini memusnahkan zaman remaja saya,” kata seorang lagi pengguna laman media sosial Weibo di Shanghai.

    Pihak berkuasa turut melancarkan pusingan terbaharu ujian saringan di hampir separuh daerah di bandar itu, selepas COVID-19 meningkat kembali sejak hujung minggu lalu.

    Mereka juga mengarahkan penutupan semua bar karaoke hari ini selepas beberapa jangkitan dikesan di enam lokasi berkenaan.

    “Saya rasa ini tidak perlu dan saya benar-benar tidak mahu melakukannya,” kata penduduk Shanghai, Alice Chan memberitahu AFP.

    Menurutnya, dia menjalani pusingan ujian baharu namun bimbang kod kesihatan yang disimpan dalam telefon bimbitnya akan menunjukkan dirinya berisiko terhadap COVID.

    Manakala seorang penduduk bernama Yao mengatakan situasi itu tidak akan bertambah baik dalam jangka masa pendek. – AFP

    Kakitangan kesihatan menunggu orang ramai yang hendak menjalani ujian COVID di daerah Jiang’an, Shanghai pada 5 Julai. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...