BEIJING, 15 JUN – Semua sukan tertutup (indoor) dan tempat-tempat hiburan ditutup di bandar China hari ini ketika pihak berkuasa meningkatkan usaha bagi membendung wabak koronavirus yang berkaitan dengan sebuah pasar makanan borong, dengan beberapa kawasan kejiranan dikenakan perintah pergerakan (lockdown) penuh.
Puluhan ribu penduduk juga telah disasarkan dalam program pengesanan dan ujian besar-besaran itu, ketika jumlah kes dari kluster baharu Beijing meningkat kepada 79 orang.
Penularan itu muncul selepas China berjaya mengawal virus itu berikutan kecemasan di tengah bandar China lewat tahun lalu, menekankan bahaya kekal bagi sebahagian negara di dunia tentang gelombang kedua pandemik.
Sukan tertutup dan tempat-tempat hiburan di seluruh Beijing telah diarahkan untuk ditutup, kata jawatankuasa parti perbandaran semasa sidang media hari ini.
Pegawai bandar, Xu Ying memberitahu para wartawan bahawa semua bidang harus ‘memperkukuhkan disinfektan kawasan awam dan menutup sementara kemudahan sukan dan rekreasi tertutup’ serta menambah pemeriksaan suhu dan melarang bukan penduduk untuk memasuki komuniti di sana.

Awal hari ini para pegawai kesihatan melaporkan 49 kes baharu koronavirus di seluruh bandar itu termasuk 36 lagi di Beijing di mana kluster berkaitan pasar Xinfadi di selatan bandar telah mencetuskan kebimbangan gelombang jangkitan kedua.
Pihak berkuasa telah menyekat pergerakan di 21 estet perumahan dekat Xinfadi dan pasar lain, Yuquandong di daerah Haidian barat laut bandar itu, di mana kes berkaitan kepada kluster Xinfadi juga telah ditemui.
Para pegawai berkata mereka dalam proses untuk menguji lebih 90,000 orang yang tinggal di komuniti itu.
Mereka mengatakan 200,000 orang telah mengunjungi pasar Xinfadi sejak 30 Mei dan mereka cuba untuk mengesan dan menguji semua daripadanya termasuk ujian rumah ke rumah.
Sementara 8,000 pekerja dari pasar itu telah diuji dan dihantar ke kemudahan kuarantin berpusat. – AFP