Saturday, December 21, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Knicks dakwa Oakley reka cerita

    NEW YORK, 10 Feb – Permusuhan di antara bekas pemain penyerang New York Knicks, Charles Okaley dan bekas rakan sepasukannya terus meningkat semalam, sehari selepas Oakley ditahan dalam perlawanan yang diadakan di Madison Square Garden.

    Oakley, yang bertelagah dengan anggota keselamatan dan ditahan serta didakwa dengan tiga pertuduhan serangan, menurut ESPN semalam bahawa pemilik Knicks, James Dolan menolak usaha untuk membaiki semula hubungan mereka.

    Kemarahan Oakley berlaku ketika dia duduk berhampiran Dolan ketika perlawanan Knicks menentang Los Angeles Clippers.

    Oakley menegaskan dia tidak pernah berbalah atau menghina Dolan. Sebaliknya, dia berkata masalah bermula apabila dia dan sahabatnya yang menghadiri perlawanan itu dimaklumkan untuk meninggalkan bangunan tersebut.

    “Saya peminat Knicks. Beraksi di sini selama 10 tahun. Saya menyukai Knicks. Saya menyukai New York. Ini adalah hati saya. Saya mengharapkan mereka semua berjaya di atas gelanggang bola keranjang. Dan saya tidak tahu mengapa saya tidak dialu-alukan di Garden,” katanya.

    Bekas pemain New York Knicks, Charles Oakley ketika bertelagah dengan pengawal keselamatan ketika berlangsungnya perlawanan antara New York Knicks dan LA Clippers. – AP
    Bekas pemain New York Knicks, Charles Oakley ketika bertelagah dengan pengawal keselamatan ketika berlangsungnya perlawanan antara New York Knicks dan LA Clippers. – AP

    Oakley, 53, berang dengan kenyataan menerusi Twitter dari kakitangan hubungan awam Knicks malam semalam yang berakhir dengan: “Dia seorang pemain Knick yang hebat dan kami berharap dia akan mendapatkan bantuan.”

    “Di sana, menyerang sifat saya seperti itu, tidak memperbaiki keadaan itu tetapi menyatakan sesuatu yang tidak kena mengenai saya? Saya tidak mempercayainya,” kata Oakley.

    “Saya tidak tahu bagaimana anda melakukannya. Saya tidak tahu.”

    Tetapi Knicks semalam tidak berlembut, yang berkata apa yang dikatakan oleh Oakley itu adalah ‘rekaan’.

    “Terdapat banyak kakitangan keselamatan, pekerja dan NYPD yang menyaksikan sikap Oakley,” kata Knicks dalam kenyataan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda