WASHINGTON, 31 DIS – Josh Hart menjaringkan mata triple-double ketiganya musim ini kelmarin untuk memberikan kemenangan New York Knicks 126-106 di Washington yang melebarkan kemenangan berturut-turut kepada lapan perlawanan.
Hart memperoleh 23 mata, 15 rebound dan 10 assist untuk triple-double kesembilannya bersama Knicks manakala Karl-Anthony Towns pula menjaringkan 32 mata dan 13 rebound.
Jalen Brunson dan O.G. Anunoby masing-masing menjaringkan 18 mata untuk Knicks, yang meningkat kepada 23-10.
Knicks mendahului 59-57 pada separuh masa bagi Eastern Conference akan tetapi ketinggalan pada suku ketiga sebelum mendominasi perlawanan suku keempat untuk menang.
“Kami bermain dengan baik dan pantas,” kata Hart. Tambahnya, “Kami bermain mengikut kemampuan. Kadang-kadang kami mengambil sedikit masa untuk bangkit. Kami selalu melakukannya.”
Sementara di Salt Lake City, Denver Nuggets memperolehi triple-double menerusi Nikola Jokic dan Russell Westbrook semasa menewaskan Utah Jazz 132-121. – AFP