EVIAN, PERANCIS, 29 JULAI – Pemain Korea Selatan, Ko Jin-young muncul juara Kejohanan Evian dengan kelebihan dua pukulan awal pagi tadi, gelaran utama keduanya tahun ini.
Pemain berusia 24 tahun itu yang menjuarai ANA Inspiration pada awal musim ini menamatkan perlawanan dengan catatan 15-di bawah 269.
Ko yang ketinggalan empat pukulan semalam kembali bangkit ketika hujan dan cuaca sejuk di venue Alpine dengan hanya satu bogey.
Pendahulu pusingan ketiga yang juga rakan sepasukan-Kim Hyo-joo, pemain China-Feng Shanshan dan Jennifer Kupcho dari Amerika Syarikat berkongsi tempat kedua dengan 13 di atas par.
“Saya fikir saya mampu melakukannya semalam. Jika saya beraksi sangat baik saya akan menang.
“Saya tak pernah lihat pemain lain mendapatkan mata, jadi saya menang,” kata Ko yang turut kembali ke kedudukan nombor satu dunia. – AFP