Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    KO kekalkan gelaran kejohanan dunia wanita HSBC

    SINGAPURA, 5 MAC – Pemain Korea Selatan, Ko Jin-young menjadi pemain pertama yang berjaya mempertahankan kejuaraan Kejohanan Dunia Wanita HSBC apabila dia menamatkan perlawanan dengan tiga-bawah-par 69 di Singapura hari ini.

    Kemenangan di Kelab Golf Sentosa, dengan jumlah total 271 bawah 17 par, amat manis buat pemain nombor lima dunia itu kerana ia juga menandakan dia kembali ke lingkungan kedudukan pemenang buat kali pertama sejak kemenangannya di padang yang sama tahun lepas.

    “Ia satu penghormatan besar untuk mempertahankan gelaran saya,” kata Ko.

    “Minggu ini terlalu panjang bagi saya. Saya tidak mahu kalah kepada pemain lain, terutamanya hari ini. Jadi saya berusaha keras untuk menahan emosi saya sepanjang hari dan apabila saya akhirnya menang, saya tidak dapat kawal emosi saya lagi,” jelasnya.

    Kecederaan pergelangan tangan telah mengancam karier pemain berusia 27 tahun itu sejak kemenangannya pada 2022 dan, walaupun dia mengakui belum pulih sepenuhnya, Ko terus membuktikan dia mempunyai kelas yang cukup untuk menjulang gelaran Jelajah LPGA ke-14 di Singapura.

    “Ini memang minggu yang sangat istimewa buat saya. Ia adalah kemenangan ke-14 saya di LPGA tetapi juga yang paling penting. Saya cedera tahun lalu dan saya berjuang keras untuk membuat kemunculan semula, dari segi fizikal dan mental. Jadi, ia amat bermakna,” katanya.

    Ko membuat permulaan yang memberangsangkan dengan birdie pembukaan sebelum menambah dua lagi pada lubang kelima dan kelapan. Satu-satunya kecacatan pada kad Ko ialah pada lubang ke-11 tetapi dia cepat mendapatkan semula kelebihannya dengan satu lagi birdie pada lubang ke-13. – AFP

    Jin Young Ko dari Korea Selatan semasa perlawanan Kejohanan Dunia Wanita HSBC di padang Golf Sentosa, di Singapura, hari ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...