Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Koala ‘bersiar-siar’ di pasar raya kecil Australia

    SYDNEY, 17 SEPT – Seekor koala telah dilihat berjalan-jalan di sebuah kedai makanan di bandar kecil Australia, sambil keluar seketika dari pokok yang dipanjatnya untuk mengintip barangan runcit pada hari itu.

    Haiwan marsupial yang berbulu itu memasuki sebuah pasar raya bebas di bandar Meeniyan, kira-kira dua jam perjalanan dari Melbourne dengan kereta.

    Gambar menunjukkan ia bersiar-siar di lorong minuman ringan, memanjat rak rempah-ratus dan bertenggek di atas rak surat khabar – berhenti seketika untuk menggigit daun gum yang ditawarkan oleh seorang kakitangan.

    Pemilik kedai, Kaelene Shervall memberitahu media Australia bahawa dia mengalami ‘kesukaran besar’ untuk mengeluarkan koala yang degil itu dari kedai dan mengembalikannya ke pokok berhampiran.

    Koala adalah spesies terancam di beberapa kawasan di Australia, dengan populasi berkurangan di beberapa wilayah yang diburukkan lagi dengan kebakaran belukar dan pembukaan tanah untuk perlombongan.

    Walaupun terdapat salah tanggapan yang popular, koala bukanlah ahli keluarga beruang. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda