Sunday, May 11, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kod QR dalam MySejahtera

    PUTRAJAYA, 28 MEI – Penggunaan kod ‘Quick Response’ (QR) atau respons pantas akan dimasukkan dalam aplikasi MySejahtera mulai 1 Jun ini bagi memudahkan orang awam mendaftar diri ketika memasuki premis perniagaan dan makanan.

    Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata penaiktarafan aplikasi itu, antara lain, adalah berikutan kebimbangan masyarakat tentang penggunaan pen yang mungkin tidak bersih setelah digunakan oleh orang ramai.

    “Sebagai contoh, MySejahtera, kita akan gunakan kod QR mulai 1 Jun, jadi tidak perlu menggunakan pen untuk menulis nama anda. Kita akan menambah baik MySejahtera ini dari semasa ke semasa.

    “Apa pun, yang lebih penting ialah jika kita tidak mempunyai kod QR kita menasihatkan setiap orang agar sentiasa memiliki pen sendiri, itu adalah lebih baik. Saya juga pergi ke kedaI, mereka mempunyai petugas sendiri untuk menulis nama, jadi itu juga adalah antara cara untuk melakukannya,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini hari ini. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda