Friday, November 15, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kod tatalaku di Laut China Selatan perlu segera dimuktamadkan

    BOAO, CHINA, 29 MAC – Kod Tatalaku (COC) di Laut China Selatan perlu dimuktamadkan secepat mungkin bagi mengelakkan peningkatan konflik berhubung tuntutan maritim di kawasan itu, kata seorang diplomat.

    Bekas Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegawa berkata COC telah dirundingkan selama beberapa tahun dan keperluan untuknya lebih dirasai berbanding sebelum ini.

    “Kerana kita melihat semasa rundingan sedang berlangsung, keadaan di daratan atau di perairan, untuk berbicara, tidak semakin baik.

    “Kita melihat potensi sebenar untuk insiden kecil menjadi konflik yang lebih besar disebabkan salah perhitungan,” katanya kepada Bernama di luar Forum Boao bagi Persidangan Tahunan Asia 2024 kelmarin.

    Marty berkata kepentingan ASEAN menyatukan dan mempergiatkan usaha untuk mencapai COC yang dikehendaki, atau sebaliknya, keadaan di lapangan boleh mengatasi proses rundingan itu sendiri.

    Merujuk kepada insiden baru-baru ini yang melibatkan Filipina dan China, beliau berkata kejadian itu serius dan bukan perkembangan positif.

    “Ia menekankan perlunya pemimpin yang bijak menangani keadaan supaya tindakan kawalan diri dapat diperlihatkan. Pada dasarnya untuk meletakkan diplomasi di barisan hadapan,” tambahnya. – Bernama

    Marty bercakap pada perbincangan panel bertemakan ‘Rise of the Global South’ semasa Forum Boao bagi Persidangan Tahunan Asia 2024 di Boao, Wilayah Hainan, Selatan China, baru-baru ini. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda