Thursday, February 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Koeman utamakan kesihatan Lennon

    LONDON, 5 Mei – Everton akan memberikan pemain sayap Aaron Lennon sebanyak masa yang diperlukannya untuk pulih dari masalah kesihatan mentalnya, kata pengurus Ronald Koeman. Lennon, 30, telah ditahan polis baru-baru ini kerana bimbang mengenai kebajikannya dan Everton berkata dia dirawat bagi penyakit yang berkaitan dengan stres.

    Sejak itu Lennon menerima mesej sokongan dari dalam komuniti bola sepak dan Koeman berkata keutamaan teratas Everton adalah memastikan dia kembali sihat.

    “Seperti yang anda tahu, kelab telah memberitahu bahawa Aaron mengalami penyakit yang berkaitan dengan stres dan ia adalah situasi peribadi,” kata Koeman kepada wartawan di sidang media.

    “Kami akan cuba memberikan sebanyak mungkin sokongan kepadanya, (bagi membolehkan) dia kembali secepat mungkin.

    “Kami telah menghubunginya dan keluarganya, dan saya fikir ia adalah yang terbaik bagi kami, kelab, pemain dan keluarganya sahaja yang mengetahui keadaan sebenar.

    “Kami mahu melihatnya kembali, tetapi apa yang penting sekarang adalah untuk beraksi seperti sebelum ini. Kehidupan, kesihatan, adalah sangat penting berbanding bola sepak.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda