Tuesday, May 13, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Koepka terpilih kejohanan Piala Ryder

    LOS ANGELES, 30 OGOS – Bintang Golf LIV, Brooks Koepka adalah antara enam pilihan kapten Piala Ryder Amerika Syarikat (AS), Zach Johnson untuk pertarungan perlawanan dwitahunan dengan Eropah yang diumumkan semalam.

    Koepka merangkul kejuaraan utama kelimanya di Kejohanan PGA tahun ini, hanya beberapa minggu selepas merangkul naib juara di Masters.

    Dia adalah pemain Piala Ryder tiga kali, tetapi pemilihannya datang selepas LIV Golf menggemparkan dunia golf dan dengan pemain Eropah yang beralih kepada liga yang disokong Arab Saudi dilarang daripada penyertaan Piala Ryder.

    Pemain AS kekal layak kerana meskipun mereka digantung oleh Jelajah PGA, mereka kekal sebagai ahli PGA Amerika.

    Pilihan lain kapten Johnson ialah Collin Morikawa, Rickie Fowler, Jordan Spieth, Sam Burns dan Justin Thomas.

    Johnson berkata matlamatnya membuat pemilihan adalah untuk melengkapkan enam kelayakan automatik – pemain nombor satu dunia, Scottie Scheffler; pemenang Terbuka AS, Wyndham Clark; juara Terbuka British, Brian Harman, Patrick Cantlay, Max Homa dan Xander Schauffele.

    Piala Ryder akan berlangsung di Rom dari 29 September hingga 1 Oktober. – AP

    Aksi Brooks Koepka semasa kejohanan Golf Jemputan LIV di Kelab Golf Nasional di Bedminster, New Jersey pada 11 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda