Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kokain AS$1 juta dihanyutkan ke pantai Tonga

    NUKU’ALOFA, TONGA, 29 JULAI – Kokain bernilai lebih AS$1 bilion telah dihanyutkan ke pantai Tonga, dengan polis melancarkan usaha mencari di pantai berhampiran untuk bungkusan dadah yang sama hari ini.

    Penduduk menemui dadah tersebut di gugusan pulau utara Vava’u di negara Pasifik itu dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa.

    Penolong pesuruhjaya polis Halatoa Taufa berkata polis sedang bekerjasama dengan tentera laut untuk mencari di kawasan itu selepas penemuan berkenaan.

    “Timbulnya kemungkinan lebih banyak bungkusan boleh ditemui di pantai dan kami meminta mana-mana anggota awam supaya menghubungi segera polis sekiranya mereka menemui atau mengetahui sesiapa yang telah menemui dadah seterusnya,” kata beliau.

    Taufa berkata bungkusan itu adalah sama dengan yang ditemui di Vava’u sebelum ini.

    Bangkai kapal layar JeReVe ditemui di atol terpencil pada 2012, bersama bungkusan kokain bernilai AS$120 juta.

    Pada 2017, tentera laut Perancis memintas sebuah kapal layar yang membawa kokain bernilai AS$100 juta berhampiran perairan Tonga. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda