Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kokain bernilai AS$200 juta dirampas

    GEORGETOWN, 2 SEPT – Pihak berkuasa di Guyana di hujung utara Amerika Selatan merampas kokain bernilai AS$200 juta, kelmarin, yang ditanam berhampiran landasan udara untuk dihantar ke Eropah, kata seorang pegawai kastam.

    Kira-kira 4.4 tan metrik dadah itu ditemui di kubu bawah tanah berhampiran sempadan dengan Venezuela di barat, kata James Singh, ketua unit anti-narkotik agensi kastam Guyana.

    Pengedar menggali lubang di dalam tanah untuk menyembunyikan kokain, dan kemudian menutupnya dengan papan kayu, kata Singh. Tiada tangkapan dibuat setakat ini. Pada bulan Mac, pihak berkuasa di Guyana merampas setengah tan kokain dan menahan dua rakyat Venezuela yang mengangkutnya dengan bot laju di sepanjang sungai. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda