Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kokain bernilai AS$330 juta dirampas

    GUAYAQUIL, ECUADOR, 27 FEB – Ecuador merampas kira-kira 8.8 tan kokain bernilai AS$330 juta yang disembunyikan di antara pisang dalam sebuah kontena menuju ke Belgium, kata polis semalam.

    “Rampasan rekod pada 2023 yang terdiri daripada lebih lapan tan kokain,” tulis komander polis, Jeneral Fausto Salinas di akaun Twitter.

    “Kami berjaya memintas 90 juta dos kokain bernilai AS$330 juta di Eropah,” kata beliau sambil menyiarkan video yang menunjukkan polis menggeledah kontena, yang dihantar dari pelabuhan Guayaquil.

    Terletak di antara Colombia dan Peru pengeluar utama kokain di dunia Ecuador merampas jumlah rekod dadah tersebut pada 2021, kira-kira 210 tan dalam perjalanan ke pelabuhan Eropah.

    Pada 2022, rampasan melebihi 200 tan 61 peratus daripadanya disembunyikan di antara pisang dikhaskan untuk eksport dan setakat ini kesemua rampasan berjumlah 31 tan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda