Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kokain disorok dalam penyaman udara kontena dirampas

    JOHOR BAHRU, 27 MEI – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor telah berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas merampas 51 kilogram kokain bernilai RM10.3 juta yang disembunyikan dalam penyaman udara sebuah kontena membawa bawang di Bay Pemeriksaan Kastam, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah pada 15 Mei lepas.

    Pengarahnya, Aminul Izmeer Mohd Sohaimi berkata rampasan dilakukan pada jam 2:45 petang oleh sepasukan pegawai Cawangan Narkotik JKDM Johor selepas menerima maklumat daripada Cawangan Risikan Ibu Pejabat JKDM. Beliau berkata kontena terbabit yang dipercayai dari China dan dalam perjalanan ke Sarawak, diikrar membawa 2,900 bungkusan barang dagangan bawang segar.

    “Hasil pemeriksaan rapi menemukan 50 bungkusan plastik yang di dalamnya berisi serbuk mampat berwarna putih dan pengesahan awal mendapati ia adalah kokain yang disembunyikan di ruang penyaman udara kontena itu.

    “Kita percaya modus operandi adalah dengan cuba menyeludup dadah yang disembunyikan di kontena sejuk beku untuk mengaburi pihak berkuasa,” katanya pada sidang media hari ini.

    Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – Bernama

    Aminul Izmeer Mohd Sohaimi (tengah) menunjukkan rampasan dadah pada sidang media di Menara Kastam Johor, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...